kisah yang aku maksudkan bukanlah
isu emosi melampau yang aku coret minggu lepas
tapi kisah ni zaman sekolah menengah lagi
ketika itu aku masih lagi budak hingusan
yang perasan dirinya sudah matang atau besar sangat
tapi pada hakikatnya sekecil budak berumur 13 tahun walaupun
ketika itu aku sudah berumur 17 tahun.
bukan awet muda tapi kurang kalsium!
harhar
itulah kecik2 dulu taknak praktis minum susu
dah besar menyusahkan tulang dan sistem badan sendiri.
tapi sekarang aku dah semakin tinggi
setinggi pokok bunga melur yang berumur40 tahun.logik?
aku akan ambil satu topik yang biasa
mengenai kisah aku sbg budak perempuan sekolah menengah
lokasi : tapak perhimpunan
hari : isnin
di sinilah bermulanya hari persekolahan
untuk semua pelajar di negara ini
hari bermulanya seksaan otak dan urat mata.
so ceritanya aku mulakan dengan awal pagi.
memandangkan jarak dari rumah dan sekolah bapak jauh
dan kemalasan tahap dewa naga untuk bangun pagi
walaupun emak menjadi penyanyi metal setiap pagi
untuk mengejut aku bangun dan kadang2 sampai terlepas
van ke sekolah.fuhh..maka aku di halau
dari duduk di rumah,lalu merempat di asramadana
kononnya di sinilah tempat untuk para pelajar
belajar bagaimana mahu hidup berdikari
dan belajar secara berkumpulan seperti
karangan yang aku coret di borang memohon
untuk tinggal di asrama! cet! itu dusta semata-mata
walhal hidup berdikari yang di maksudkan ialah
hidup bebas tanpa kongkongan dari ibubapa
dan belajar berkumpulan pulak adalah
perbincangan mengenai gosip2 hangat2 tahik hayam
yang memang menjadi rutin bualan kaum hawa
dan kadang2 seorang kaum adam akan terselit juga
menjalankan aktiviti menyelak kain pelajar lain.
maka itu antara tarikan untuk aku terus tinggal di asrama
setiap pagi para gadis2 dara akan bangun seawal
5 pagi untuk cop tempat untuk bermandi
untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas
yang sering berlaku di bilik mandi
(sabun di bilik mandi)
pada pukul 6.30...tetapi aku
pula berlainan dari mereka semua
aku menggunakan taktik paling mudah
iaitu mandi apabila budak2 sudah turun
ke tapak perhimpunan,
(maksudnya aku budak paling lewat bgun)
ekeke...
bangun lewat bukanlah sesuatu perkara yang buruk sangat
tapi merupakan nikmat,
bilik air banyak kosong,boleh pilih
nak yang mana satu,nak mandi guna dua bilik mandi pun buleh!
ketika menggosok baju plak aku tenang menghayun seterika sambil
menikmati angin sejuk dari luar
tidak perlu buat muka ketat kerana berebut seterika
tidak perlu potong Q orang lain sambil buat muka tak reti
cool aja....
setelah siap berhias di hadapan cermin yang agak2 hampir retak
kerana tak mampu menahan aura senyuman yang aku lemparkan
jam menunjukkan pukul 7.45 dan di luar bingit suara guru
disiplin yang rata2 pelajar banned dr hidup mereka,
memanggil pelajar untuk mendengar omongan-omongan guru
yang tak pernah ada endingnya...
aku? melepak di atas katil menanggalkan hijab di kepala
dan sambung mimpi yang tergendala sehingga tamat perhimpunan.
(drolling....)
#1 agak2 ape jadi kalau kita campak sampah yang gile besar di luar kawasan bumi dan kemudian bila sampah tu jatuh balik kat bumi agak2 dia berapi tak macam komet?
ni bukan soalan bodoh,tapi kurag bijak je..kalau korang bijak mesti dapat jawab kan...k sambungan cite di atas akan di update...darr...eh?
assalamualaikum!
Wednesday, March 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
kumen la aku suke =))